PEMANDANGAN Georgetown dengan mercu tanda Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). FOTO arkib NSTP
PEMANDANGAN Georgetown dengan mercu tanda Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). FOTO arkib NSTP
BERNAMA

SELEPAS 91 hari tidak merekodkan kes positif baharu Covid-19 dan berada dalam kategori zon hijau, Pulau Pinang kembali mencatatkan pertambahan apabila satu kes jangkitan itu dikesan hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri mengambil maklum berhubung kes baharu itu sebagaimana yang diumumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), hari ini.

"Dengan (pertambahan) ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan adalah sebanyak 122 kes sekali gus memadamkan status negeri hijau yang dipegang oleh Pulau Pinang sejak 91 hari lalu.

"Kerajaan negeri memohon agar seluruh rakyat Pulau Pinang kekal bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk amalan 4P iaitu penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, pencucian tangan menggunakan sabun dan perhatikan gejala Covid-19 demi kesihatan serta keselamatan semua pihak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 7:42 PM