SEBAHAGIAN individu ditahan di parti liar di kondominium di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. FOTO ihsan polis
SEBAHAGIAN individu ditahan di parti liar di kondominium di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. FOTO ihsan polis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LAYAN dadah di parti liar. Itu dilakukan 34 individu termasuk empat pelajar sekolah menengah yang ditahan kerana menyertai parti liar dalam serbuan di kondominium di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, mereka ditahan itu terdiri daripada 28 lelaki dan lapan wanita berusia antara 15 hingga 40 tahun.

"Salah seorang ditangkap adalah pelajar kolej swasta dan empat pelajar sekolah menengah.

"Ujian saringan air kencing dijalankan ke atas mereka mendapati 21 daripadanya positif pelbagai jenis dadah antaranya Amphetamine, Methamphetamine, ganja dan Benzodiazepine," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, seramai 13 orang didapati negatif penggunaan dadah kemudian dibebaskan tanpa syarat.

Menurutnya, 21 orang ditahan itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 11:07 PM