SARAWAK Forestry Corporation (SFC) akan memastikan Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh bebas Covid-19. FOTO Arkib NSTP
SARAWAK Forestry Corporation (SFC) akan memastikan Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh bebas Covid-19. FOTO Arkib NSTP
Melvin Joni

SARAWAK Forestry Corporation (SFC) mengambil langkah proaktif bagi melindungi Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh daripada penularan pandemik Covid-19.

Menerusi satu kenyataan hari ini, SFC berkata, pelbagai langkah yang telah diambil seperti membersihkan kawasan yang selalu didatangi Orang Utan.

"Keutamaan buat masa ini adalah memastikan Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh selamat daripada dijangkiti Covid-19," katanya.

Pada masa sama, SFC akan memastikan bekalan makanan mencukupi untuk Orang Utan di taman negara berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 6:19 PM