Gambar Hiasan. FOTO Arkib  NSTP
Gambar Hiasan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

TIADA pertambahan kes positif koronavirus baharu (2019-nCoV) di negara ini, dengan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan kekal lapan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, sehingga 12 tengah hari ini, jumlah kumulatif kes pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan koronavirus adalah seramai 183 orang dan 18 daripadanya masih menunggu keputusan makmal.

“Kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV, kekal seramai 32 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azizah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini mengenai jangkitan koronavirus baharu itu,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi infoline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) KKM di talian 03-88810200/600/700 atau di e-mel [email protected] untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai jangkitan koronavirus baharu.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 4:57 PM