SOLEIMANI. FOTO AFP
SOLEIMANI. FOTO AFP
AFP

Baghdad: Komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani disahkan terbunuh dalam serangan di lapangan terbang antarabangsa di sini.

Ia disahkan oleh pasukan unit pasukan separa tentera Hashed al-Shaabi.

Turut terbunuh, timbalan ketua pasukan berkenaan.

Serangan itu selepas perusuh pro-Iran mengepung kedutaan Amerika Syarikat.

Hashed al-Shaabi, iaitu unit separa tentera yang berjuang bersama tentera menentang kumpulan pelampau Daish.

Menurut tentera Iraq, lapangan terbang itu dihujani dengan serangan roket selepas tengah malam.

Ketika kejadian, Soleimani yang mengetuai pasukan Tentera Quds Iran dikatakan mengunjungi negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 10:44 AM