KEADAAN kebakaran yang dipercayai berpunca daripada serangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. FOTO Reuters
KEADAAN kebakaran yang dipercayai berpunca daripada serangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. FOTO Reuters
AFP

BAGHDAD: Serangan udara masih berlaku awal pagi ini di utara Baghdad dengan mensasarkan pejuang pro-Iran susulan serangan semalam yang mengorbankan komander kanan Iran, Qasem Soleimani dan timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi.

Serangan berlaku ketika rakyat berarak untuk berkabung selama tiga hari bagi mengutuk pembunuhan dua pegawai tertinggi tentera Iran.

AS berikrar untuk mengerah lebih ramai tentera ke negara berkenaan walaupun Presiden Donald Trump bertegas untuk tidak mahu berperang.

Hashed al-Shaabi dalam kenyataan memaklumkan, serangan terbaru itu mensasarkan kumpulan konvoi pasukan separa tentera Iraq yang rapat dengan Iran.

Namun, kenyataan itu tidak menjelaskan pihak bertanggungjawab melakukan serangan namun stesen televisyen Iraq melaporkan ia serangan udara AS.

Sumber polis berkata, serangan awal pagi itu menyebabkan kematian dan kecederaan tetapi tidak menjelaskan secara terperinci jumlah korban.

Situasi tegang di Iraq dan rantau itu menyebabkan Kedutaan AS menggesa rakyatnya mematuhi Nasihat Perjalanan Januari 2020 dan meninggalkan Iraq serta-merta.

Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei berjanji bertindak balas atas serangan itu selain puluhan ribu penunjuk perasaan di Teheran membakar bendera AS.

Susulan kematian Soleimani, Teheran mengumumkan Timbalan Ketua Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Esmail Qaani sebagai pengganti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 1:58 PM