MOTOSIKAL ditunggang Zainuddin yang terbabit kemalangan hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.
MOTOSIKAL ditunggang Zainuddin yang terbabit kemalangan hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.
Zuliaty Zulkiffli


KETUA Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob cedera selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta di simpang empat Pokok Pauh, Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.

Kejadian berlaku pada 11.30 pagi ketika beliau menunggang motosikal jenis Honda RS 150 dan dalam perjalanan untuk menyertai Konvoi Kapchai Ambang 2020.

Zainuddin kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, kaki kanan beliau berkemungkinan patah.

Maklumat lanjut menyusul kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 1:14 PM