DATUK Zainuddin Yaacob. FOTO Bernama
DATUK Zainuddin Yaacob. FOTO Bernama
BERNAMA

DATUK Zainuddin Yaacob dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa Isnin depan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bersara wajib pada 28 Jun lalu.

Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini.

Zainuddin sebelum ini adalah Ketua Polis Kedah dan juga pernah memegang beberapa jawatan penting, antaranya Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 3:25 PM