GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal dengan masing-masing ditetapkan pada paras RM3.47 seliter, RM2.05 seliter dan RM3.35 seliter.

Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 4 hingga10 Julai 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

MOF berkata, bagaimanapun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 6:26 PM