TANGKAP layar video memaparkan seorang lelaki yang berada di balkoni rumah sebuah apartmen di kawasan Batu 9 Cheras, Kajang, memukul haiwan peliharaannya dipercayai seekor anjing menggunakan tangan bertalu-talu, tular di media sosial.

Nurul Hidayah Bahaudin

Kajang: Siasatan kes anjing baka Husky yang didakwa didera pemiliknya di apartmen, di sini yang tular di media sosial, diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu pada 12.47 tengah malam 2 Jun lalu.

"Kami mengesahkan menerima satu laporan berkaitan video tular menunjukkan lelaki yang berada di balkoni rumah sebuah apartmen di kawasan Batu 9 Cheras, memukul haiwan peliharaannya menggunakan tangan bertalu-talu.

"Kes ini sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan supaya tidak melanggar mana-mana undang-undang di negara ini termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau mana-mana binatang peliharaan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 6:16 PM