MOHAMED Azmin Ali bercakap kepada media selepas program berkenaan. FOTO Sairien Nafis
MOHAMED Azmin Ali bercakap kepada media selepas program berkenaan. FOTO Sairien Nafis
Nur Lela Zulkipli


TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia untuk terus bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamed Azmin berkata, beliau dan Anwar mereka masih sepasukan dan tiada masalah untuk meneruskan perjuangan parti.

Beliau turut menggesa supaya pihak media agar tidak melaga-lagakan mereka berdua.

“Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.

“Kamu (media) janganlah timbulkan provokasi antara presiden dan timbalan presiden... kami sudah bersama untuk sekian lama," katanya mengulas lanjut kenyataan Anwar di program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Port Dickso, hari ini bahawa mereka berdua dalam "satu pasukan".

Beliau berkata demikian kepada selepas Majlis Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam tadi.

Ditanya mengenai ketidakhadiran beliau pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Port Dickson semalam, Mohamed Azmin berkata beliau berada di luar negara.

“Saya di luar negara urusan rasmi di luar negara dan baru pulang hari ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin memberitahu memberitahu beliau tahu siapakah dalang utama di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya.

“Saya tahu siapa dalang, saya amat tahu. Saudara saudari hendak tahu siapa dia? Kita serahkan pada pihak berkuasalah,” katanya.

Berita berkaitan

'Setia ada batasnya...' - Azmin

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 12:20 AM