ANWAR Simposium Ekonomi Malaysia ‘Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan’ di Parlimen, hari ini.  FOTO Mohd Yusni Ariffin
ANWAR Simposium Ekonomi Malaysia ‘Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan’ di Parlimen, hari ini. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Junita Mat Rashid dan Zanariah Abd Mutalib


“SAYA tidak ada dengar.” Itu reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung desas-desus timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan keluar parti.

Anwar berkata, beliau hanya tahu mengenai perkara itu melalui laporan media.

“Saya tidak dengar... media beritahu (berhubung desas-desus Mohamed Azmin keluar parti),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Simposium Ekonomi Malaysia ‘Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan’ di Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Semalam, media melaporkan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dijangka keluar daripada PKR dan menyertai parti Gerakan dalam masa terdekat ini.

Anwar turut meminta supaya semua pihak berhenti melaga-lagakan beliau dan Mohamed Azmin.

“Kenapalah nak suruh gaduh hari-hari. Dia (Mohamed Azmin) sudah jawab tidak, tidaklah,” katanya.

Katanya, isu berhubung video lucah yang mengaitkan seorang menteri juga perlu dihentikan.

“Kita teruskan dengan agenda ekonomi. Kadang-kadang kita banyak sangat gangguan,” katanya.

Berita berkaitan

Selamat Datang Azmin - GERAKAN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 12:47 PM