Shamsul Munir Safini


BEBERAPA premis perniagaan dan hiburan di Jalan Batu Ferringhi diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, semalam, sebelum menahan 33 pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dalam operasi bermula jam 5 petang hingga lewat malam di Batu Ferringhi dan Bukit Mertajam, JIM memeriksa 109 warga asing sebelum menahan 33 daripada mereka kerana tiada dokumen lengkap.

Pengarah JIM negeri, Muhamad Husni Mahmud berkata, dalam serbuan itu pihaknya menyerbu 12 premis termasuk restoran, pusat urut dan kedai runcit di kawasan tumpuan pelancong selain satu tapak pembinaan di Bukit Mertajam.

Katanya, dalam serbuan di Batu Feringgi, semua PATI diberkas tidak dapat melarikan diri selepas dikepung anggota penguat kuasa yang sudah melakukan risikan.

“Pihak kami sudah beberapa hari melakukan risikan di kawasan itu bagi mengenal pasti lokasi PATI yang bekerja di premis berkenaan.

“Hasilnya pihak kami berjaya menahan semua mereka yang sedang leka bekerja,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita Thailand, empat lelaki dan empat wanita Indonesia, lapan lelaki dan dua wanita Myanmar, sembilan lelaki Bangladesh serta masing-masing seorang dari Syria dan Yaman.

Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Turut menyertai operasi berkenaan, Timbalan Penolong Pengarah JIM negeri, Izham Idris,

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 11:59 PM
MUHAMMAD Husni (tengah) bersama Izham (kanan) memeriksa dokumen perjalanan warga asing di sekitar Batu Ferringhi. FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
MUHAMMAD Husni (tengah) bersama Izham (kanan) memeriksa dokumen perjalanan warga asing di sekitar Batu Ferringhi. FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL