Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Mohd Azam Shah Yaacob


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan dua lelaki warga Nigeria yang dikehendaki bagi menjadi saksi perbicaraan satu kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang akan diadakan di Mahkamah Khas ATIP, Klang pada Rabu depan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, saksi pertama dicari adalah Muhammad Usman Stephen Abdullah, 30, yang memegang pasport bernombor A00908077 dan tinggal di alamat terakhir di Blok 4-12-07 Pangsapuri Lagoon Perdana, Jalan PJS9/1 Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Katanya, saksi kedua pula dikenali sebagai Anozie Evaristus Chikeree, 30, yang memegang pasport bernombor A06332674 dan tinggal di alamat terakhir di Blok F-10-26 Flora Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

“Kedua-dua saksi ini diperlukan bagi membantu perbicaraan kes membabitkan seorang perempuan warga Nigeria yang menjadi mangsa pemerdagangan orang yang berlaku pada 18 Jun tahun lalu.

“Dalam kes itu, polis turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga Nigeria yang dipercayai terbabit dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya dalam sidang media di IPD Gombak, hari ini.

Samsor berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat terhadap dua individu berkenaan boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor P Visavanathan di talian 019-4718571 atau di talian 03-61262222.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 12:55 AM