KEADAAN treler yang terbakar dalam Terowong Genting Sempah. FOTO Ihsan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
KEADAAN treler yang terbakar dalam Terowong Genting Sempah. FOTO Ihsan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
BERNAMA

ALIRAN trafik ke Pantai Timur dilaporkan sesak sepanjang 11 kilometer berikutan insiden treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah, awal pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, insiden yang berlaku jam 1.37 pagi itu menyebabkan laluan kontra dibuka di KM38.2 hingga KM36.9 arah barat sebelum Terowong Genting Sempah bermula pada 8.24 pagi sehingga 9.06 pagi untuk kerja mengalihkan treler itu.

Kerja mengalihkan treler itu sudah selesai dan laluan di dalam terowong itu sudah dibuka pada 9.06 pagi, namun trafik masih sesak.

“Pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan treler itu hanya terbakar di bahagian depan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Sementara itu, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat ini aliran trafik bergerak perlahan dari Tapah ke Gopeng.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 10:54 AM