Mohd Iskandar Ibrahim


Kuala Lumpur: Aliran trafik beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak pagi ini.

Setakat jam 10 pagi tadi, trafik dilaporkan perlahan dari Hospital Sungai Buloh menuju ke Sungai Buaya, Rawang Selatan ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah utara.

PLUS Malaysia Berhad (Plus) menerusi Twitter melaporkan keadaan itu disebabkan pertambahan kenderaan yang menuju ke arah utara.

Plus turut melaporkan kesesakan berpunca daripada kemalangan di Kilometer 304.2 arah utara dari Tapah menghala Gopeng yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Trafik juga dilaporkan perlahan dari Putra Mahkota ke Nilai arah selatan.

Pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur menyebabkan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga Plaza Tol Gombak menghala Kuantan.

Trafik turut perlahan di Kilometer 25.7 sehingga Terowong Genting Sempah serta Kilometer 40.8 dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Pasukan perubatan menunggu untuk membawa mangsa ke HEBHK selepas disahkan meninggal dunia di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian di Kluang, semalam. Foto Ihsan Pembaca
Pasukan perubatan menunggu untuk membawa mangsa ke HEBHK selepas disahkan meninggal dunia di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian di Kluang, semalam. Foto Ihsan Pembaca

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter melaporkan Trafik sekitar Plaza Tol Karak dan Kuala Terengganu masih dalam keadaan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 10:38 AM