OOI Kean Lye, 58, (kanan) yang juga paderi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul wanita semasa hadir di Mahkamah Seksyen Butterworth. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
OOI Kean Lye, 58, (kanan) yang juga paderi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul wanita semasa hadir di Mahkamah Seksyen Butterworth. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Shamsul Munir Safini


LELAKI yang juga paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencabul wanita di pangsapuri, awal Disember lalu.

Tertuduh Ooi Kean Lye, 58, minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada 2 petang 1 Disember lalu di pangsapuri di Jalan Baru dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap wanita berusia 24 tahun yang juga rakan anak angkatnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lebih 30 tahun dan boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Natrah Mohd Yusof memohon mahkamah menetapkan satu jumlah ikat jamin yang setimpal ke atas tertuduh.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM15,000 ke atas Ooi dan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Disember 2018 @ 4:29 PM