SEORANG bapa saudara diiringi polis ketika di mahkamah. FOTO Rosdan Wahid
SEORANG bapa saudara diiringi polis ketika di mahkamah. FOTO Rosdan Wahid
Oleh Ikram Ismail


Shah Alam: Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Seksyen hari ini atas dua pertuduhan iaitu merogol dan meliwat anak saudaranya di bawah umur di sebuah rumah di Sungai Buloh.

Tertuduh yang berusia 38 tahun didakwa merogol kanak-kanak itu pada Disember 2012 di bawah Seksyen 376B kanun keseksaan dan meliwat pada Disember 2014 dibawah Seksyen 377B kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim ketika membacakan kertas pertuduhan berhujah memohon tertuduh tidak dibenarkan ikat jaminan demi keselamatan mangsa yang tinggal di kediaman yang sama dengan tertuduh.

Hakim Slamat Yahya memutuskan ikat jamin tidak dibenarkan dan tarikh sebutan kes adalah pada 17 Jun.

Jika didapati bersalah dibawah Seksyen 376B, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan disebat, manakala hukuman untuk Seksyen 377B adalah penjara sehingga 25 tahun dan disebat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:56 PM