ANGGOTA polis mengiring bapa yang dituduh merogol anak kandung yang berusia 15 tahun di Mahkamah Sesyen, Butterworth. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis mengiring bapa yang dituduh merogol anak kandung yang berusia 15 tahun di Mahkamah Sesyen, Butterworth. FOTO Ramdzan Masiam
Shamsul Munir Safini


LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 15 tahun pada 17 Disember lalu.

Tertuduh yang berusia 38 tahun membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pekerja kontrak didakwa mencabul dengan maksud seksual di rumah di Perai, 7.20 pagi pada 17 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d)Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan pendakwa raya, Lim Saw Sim.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan ikat jamin ke atasnya, namun tidak diizinkan mahkamah.

Hakim menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh membuat lantikan peguam.

Berita berkaitan

Naluri ibu lihat anak dirogol suami

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Disember 2018 @ 11:31 AM