PENDUDUK mencari barangan selepas kejadian tsunami di Tanjung Lesung, Wilayah Banten, hari ini. Foto AFP
PENDUDUK mencari barangan selepas kejadian tsunami di Tanjung Lesung, Wilayah Banten, hari ini. Foto AFP
Yusmizal Dolah Aling


YAYASAN RIGHTS mengaktifkan tabung bantuan kemanusiaan 'Pray For Anyer' kepada mangsa tsunami di Banten bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Menerusi tanda pagar #MuafakatNusantara, ia digerakkan dengan gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia khusus bagi meringankan beban mangsa serta membantu pemulihan kawasan khususnya di Lampung.

Pengasasnya Senator Yusmadi Yusoff berkata, ilham berkenaan dicetuskan, semalam selepas delegasi kedua-dua negara selesai mengadakan forum di Petaling Jaya.

Katanya, ia mengambil kira keperluan mendesak untuk menolong lebih 1,000 mangsa yang cedera dan ratusan lagi yang kehilangan tempat tinggal.

“Saya bersama rakan dari Indonesia Ananto Pratikno bersepakat untuk mengaktifkan tabung melalui Yayasan RIGHTS dengan mensasarkan kutipan dari rakyat Malaysia dan Indonesia.

“Ini muafakat kita untuk membantu saudara serumpun. Kita juga akan ke sana dalam masa terdekat, menghantar sukarelawan untuk membantu apa yang boleh kerana kita perlu buat apa yang terdaya untuk membantu,” katanya.

Justeru, pihaknya menyeru orang ramai untuk menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank 562290101146 (RIGHTS Foundation).

Lagi berita berkaitan Tragedi Tsunami Sunda

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 7:58 PM