WANITA berkenaan. FOTO YouTube
WANITA berkenaan. FOTO YouTube
Agensi

Jakarta: Seorang wanita menangis apabila diarahkan pihak berkuasa berpatah balik selepas ditahan di sebuah sekatan jalan raya di negara itu.

Dalam rakaman sebuah video disiarkan CNN, wanita itu yang menunggang motosikal pada mulanya ditahan pihak berkuasa di Jayanti, Tangerang, Banten, Selasa lalu.

Siasatan mendapati, wanita itu tidak memiliki dokumen kebenaran pergerakan bagi meneruskan perjalanannya ke Lampung.

Pihak berkuasa lalu mengarahkan wanita itu berpatah balik, namun dia mengalirkan air mata.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan lagi di Jakarta selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 dan merayu dibenarkan merentas pulang.

Atas perikemanusiaan, polis itu akhirnya membenarkan wanita itu meneruskan perjalanannya pulang ke kampung halaman.

Indonesia akan melaksanakan larangan mudik iaitu aktiviti merentas wilayah untuk pulang ke kampung mulai 6 hingga 17 Mei.

Mudik adalah aktiviti pergerakan besar-besaran membabitkan jutaan penduduk di bandar besar untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 2:25 PM