GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Suhaila Shahrul Annuar


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, 7.10 malam ini.

Menurut sumber, suspek yang bertugas sebagai Pengarah Jabatan di Bukit Aman disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu.

“Suspek disyaki meminta dan menerima wang itu sebagai dorongan bagi tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi esok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Oktober 2018 @ 10:37 PM