PEGAWAI kanan polis bergelar Datuk (tengah) direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
PEGAWAI kanan polis bergelar Datuk (tengah) direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Mohd Husni Mohd Noor


PEGAWAI kanan polis bergelar Datuk direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan lebih RM100,000.

Perintah reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, pegawai kanan berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman disyaki meminta dan menerima wang rasuah antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman dan kesalahan trafik.

Menurutnya, kesalahan itu dipercayai dilakukan di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Suspek ditahan pada 7.10 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Penahanan suspek dilakukan susulan operasi SPRM yang dilaksanakan pada 3 September lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Berita berkaitan

'Pegawai kanan polis bergelar Datuk ditahan'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Oktober 2018 @ 4:32 PM