GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


BEKAS Pengarah Bahagian Visa, Pas, dan Permit (VPP0, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk antara tiga individu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Datuk berusia 47 tahun bersama dua lagi suspek iaitu kakitangan Perkeranian dan Operasi, Bahagian Visa, Pas dan Permit dan pemandu Bahagian Korporat JIM, Putrajaya masing-masing berusia 59 dan 46 tahun ditahan SPRM kelmarin, bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek disyaki menerima rasuah daripada ejen yang menguruskan pas lawatan sosial membabitkan nilai jutaan ringgit sebagai balasan untuk memudahkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial daripada JIM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia 2009,” katanya.

Menurut sumber itu, Datuk berkenaan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, manakala dua lagi susdpek ditahan di rumah masing-masing di Taman Melati, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 8:09 PM