GENEVIEVE Meehan. FOTO Agensi
GENEVIEVE Meehan. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang kakitangan taska di United Kingdom (UK) yang menganiaya bayi perempuan dengan membedung mangsa dengan ketat dan meletakkan anak kecil itu pada beg beg kekacang (bean bag) selama lebih satu setengah jam, disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat.

Metro UK melaporkan, Genevieve Meehan yang berusia sembilan bulan dibedung dengan ketat dan ditutup dengan selimut oleh Kate Roughley, 37, di pusat jagaan Tiny Toes di Cheadle Hulme, Stockport.

Bayi itu kemudian diletakkan dalam keadaan muka ke bawah pada beg kekacang berkenaan.

Roughley menidurkan bayi itu dan kemudian menemukan mayat Genevieve, pada petang 9 Mei 2022.

Rakan sekerja dan kemudian anggota paramedik cuba untuk menyelamatkan bayi itu tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di hospital, pada hari sama.

Isnin lalu, juri di Mahkamah Mahkota Manchester sebulat suara mendapati Roughley, dari Heaton Norris, Stockport, bersalah atas pertuduhan membunuh tanpa niat.

Juri sebelum ini diberitahu Genevieve dibedung dengan ketat pada beg kekacang itu sehingga dia tidak dapat bergerak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 3:46 PM