NOR Azizah menunggu berita usaha mencari suaminya, Subairi, yang masih tertimbus. FOTO Danial Saad
NOR Azizah menunggu berita usaha mencari suaminya, Subairi, yang masih tertimbus. FOTO Danial Saad
Shamsul Munir Safini


“Saya tak mampu bergerak kerana tertimbus sehingga pinggang bagi menyelamatkan suami dan hanya mampu melihat dia tertimbus,” kata Norazizah, 24, isteri kepada Subairi, 34, lelaki warga Indonesia ketiga yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Georgetown, kelmarin.

Katanya, dia masih terbayang saat suaminya lenyap ‘ditelan’ runtuhan tanah dalam kejadian itu.

Menurut Norazizah, ketika kejadian Subairi sedang menonton televisyen di rumah kongsi berhampiran sementara dia di dalam bilik rumah kongsi sama.

Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan sebaik terdengar bunyi dentuman kuat, dia ternampak suaminya cuba melarikan diri sebelum tertimbus.

“Saya terdengar bunyi seperti letupan dari arah bukit sebelum kawasan itu ditimbus tanah dan suami tenggelam di bawah runtuhan tanah. Saya juga tertanam sehingga paras pinggang.

“Bagaimanapun saya berjaya diselamatkan anggota bomba dan beberapa pekerja sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, ketika itu dia tidak tahu nasib suaminya.

Norazizah yang memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun hasil perkongsian hidup selama enam tahun dengan Subairi tidak bekerja di situ sebaliknya datang bagi menemani dan menjaga keperluan suaminya.

Dia yang baru saja tiga bulan datang ke Malaysia berharap jenazah suaminya dapat ditemui segera.

Norazizah dari Buton Tengah, Sulawesi dan Wa Iri, 36, antara tiga mangsa yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh itu.

Berita berkaitan

Dua lagi mayat ditemui

Mungkin ada runtuhan susulan

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Oktober 2018 @ 1:45 PM