MOHAMMAD Ripon menunjukkan gambar adiknya, Mithu yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong. FOTO  Danial Saad
MOHAMMAD Ripon menunjukkan gambar adiknya, Mithu yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong. FOTO Danial Saad
Shamsul Munir Safini


“Saya rasa bersalah, kerana panggilan video yang dibuat adik saya pada Rabu lalu tidak dijawab semula kerana ia panggilan terakhir daripadanya.”

Demikian kata Mohammad Ripon Hossain, 32, abang kepada Mithu Hossain, 30, mangsa kelima yang mayatnya dibawa naik pasukan penyelamat dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong, Georgetown, hari ini.

Ripon berkata, dia kali terakhir dihubungi arwah adiknya itu pada Rabu lalu dan ketika itu dia sedang bekerja di dalam kilang di Valdor, Sungai Bakap.

Katanya, adiknya itu jarang menelefonnya dan pada Rabu lalu dia membuat panggilan video kepadanya sebelum dia tidak melayan panggilan itu kerana sedang bekerja.

"Saya menjawab panggilan yang dibuat sebelum memberitahunya bahawa saya akan menghubunginya semula kerana suasana sekitar ketika itu terlalu bising dan tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Mithu.

"Namun sebaik saya selesai bekerja, saya terlupa untuk menghubunginya semula sehingga saya dihubungi rakannya Jumaat lalu memaklumkan bahawa adik saya sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown, hari ini.

Katanya, dia sedih kerana kehilangan adik keduanya itu dan sudah memaklumkan perkara itu kepada kedua-dua ibu mereka di kampung halaman.

"Saya mempunyai seorang lagi adik perempuan di kampung dan saya sudah membuat keputusan untuk pulang ke kampung di Joshur, Bangladesh selepas semua urusan jenazah adik selesai di sini dan tidak mahu lagi datang ke Malaysia.

"Saya sudah lima tahun bekerja di Malaysia dan siapa yang tidak sedih apabila kehilangan saudara sendiri inikan pula adik kandung," katanya.

Sementara itu, sepupu kepada Mithu, Ahmed Raju, 29, berkata, dia sudah setahun tidak berjumpa mangsa, namun hanya dikejutkan dengan panggilan bahawa saudaranya itu sudah meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Ahmed berkata, dia hanya dihubungi Mithu pada awal tahun lalu memaklumkan dia kini bekerja di sebuah kawasan pembinaan di Pulau Pinang namun tidak diberikan maklumat penuh mengenai tempat kerjanya.

Menurutnya, sepupunya itu baru setahun bekerja di Malaysia bersama seorang lagi rakannya yang juga mangsa keenam yang mana mayatnya berjaya dibawa naik pasukan penyelamat di Paya Terubong Mustak Hossain,25.

"Kami bertiga (Mithu dan Mustak) merupakan rakan sekampung dan sudah saling mengenali sejak kecil lagi. Bapa Mithu adalah abang kepada bapa saya," katanya.

Menurutnya, dia sudah lima tahun bekerja di Malaysia dan tinggal di Ipoh.

Katanya, Mithu begitu gembira selepas memaklumkan bahawa dia kini bekerja di Malaysia kerana sebelum ini dia hanya mendengar tentang keadaan negara ini daripadanya dan rakan-rakan lain.

Dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong kelmarin, enam mayat mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan pasukan terselamat, mereka ialah Samsul,19, (Indonesia); Attrul,35, (Bangladesh); wanita warga Myanmar Khin Aye Khiang,33; Bakhtiar,36, (Indonesia) Mithu dan Mustak.

Mereka yang cedera dan sedang menerima rawatan ialah, Shamim, 24, (Bangladesh) dan dua wanita warga Indonesia Wa Iri, 36, dan Norazizah,24, yang cedera di kaki.

Polis mengesahkan bahawa empat lagi mangsa masih dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan dan mereka ialah Subairi,34, (Indonesia); Md Jalil,31 (Bangladesh); Mohamad Ujal,35, (Bangladesh); dan Mohamad Rajan,25, (Bangladesh).

Namun polis percaya bahawa mangsa dikenali Mohamad Rajan dan Mohamad Ujal hilang dan melarikan diri sejurus kejadian kerana tiada dokumen perjalanan diri dan permit.

Berita berkaitan

Tunggu laporan lengkap MBPP

Dua lagi mayat ditemui

Mungkin ada runtuhan susulan

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Oktober 2018 @ 5:21 PM