CHE Puteh (kanan) bersama Shamsul Munir (kiri) menyerahkan #HMKotakRezeki kepada Aina (tengah) di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, hari ini. FOTO Danial Saad.
CHE Puteh (kanan) bersama Shamsul Munir (kiri) menyerahkan #HMKotakRezeki kepada Aina (tengah) di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, hari ini. FOTO Danial Saad.
Shamsul Munir Safini


KEJUTAN yang sungguh berbaloi. Demikian kata Pengurus Rumah Permata Kasih, Aina Amran sebaik menerima 10 #HMKotakRezeki di pusat jagaan anak yatim berkenaan di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, hari ini.

Beliau berkata, bantuan diterima itu dapat mengurangkan beban lebih 25 murid sekolah rendah yang tinggal di situ.

Menurutnya, dia terkejut selepas mengetahui pusat jagaan itu dipilih untuk sekali lagi menjadi penerima #HMKotakRezeki bagi 2018.

“Kami amat berterima kasih dengan bantuan yang disumbangkan pihak penaja melalui Harian Metro.

“Ini kali kedua kami menerima #HMKotakRezeki dan sudah pasti barangan keperluan diberikan ini dapat meringankan beban kami,” katanya.

Aina berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan seumpama itu dan setakat ini, menerima bantuan daripada pihak perseorangan dan syarikat swasta untuk membantu murid terbabit.

Sebanyak 10 Kotak Rezeki Besar dengan berat lebih 20 kilogram (kg) setiap satu diberikan bersama 10 beg beras.

Setiap Kotak Rezeki Besar itu mengandungi beras, tepung gandum, gula, minuman kordial, teh, susu pekat manis, biskut, marjerin, minyak masak, sardin, sos cili, kicap soya, pasta, air mineral dan bihun.

Penaja bersama program #HMKotakRezeki 2018 antaranya AffinBank Group dan Pos Laju, bersama Watsons Malaysia, Nabati Food Malaysia Sdn Bhd, Massimo by The Italian Baker, Kimball, Central Sugar Refinery (CSR) dan QNet International.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu ialah Pengurus Pos Laju Butterworth, Che Puteh Man.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 8:55 PM