CHE Puteh (belakang kanan) bersama Wartawan Harian Metro, Shamsul Munir Safini (belakang tiga dari kanan) menyerahkan kotak rezeki  kepada wakil Pusat Attahfiz Annur sempena #HMKotakRezeki di Penaga. FOTO Danial Saad.
CHE Puteh (belakang kanan) bersama Wartawan Harian Metro, Shamsul Munir Safini (belakang tiga dari kanan) menyerahkan kotak rezeki kepada wakil Pusat Attahfiz Annur sempena #HMKotakRezeki di Penaga. FOTO Danial Saad.
Shamsul Munir Safini


KEDATANGAN rombongan #HMKotakRezeki sememangnya menceriakan 20 murid tahfiz di Pusat Attahfiz Annur, Penaga, hari ini.

Rombongan daripada wakil Harian Metro dan Pos Laju itu disambut dengan riak gembira daripada mereka yang semuanya berusia 11 tahun ke bawah.

Guru mereka, Umair Uzair berkata, ini adalah kali pertama mereka menerima #HMKotakRezeki dan begitu teruja dengan kehadiran rombongan berkenaan.

Katanya, Pusat Attahfiz Annur baru dibuka pada 2016 dan perbelanjaan kanak-kanak di situ bergantung kepada yuran dan sumbangan orang ramai.

“Bantuan diterima ini sedikit sebanyak memberi keriangan kepada murid dan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban mereka.

“Selain itu kami berterima kasih kepada pihak terbabit yang memilih pusat ini bagi menerima Kotak Rezeki Besar pada tahun ini," katanya.

Semua 10 Kotak Rezeki Besar dengan berat lebih 20 kilogram (kg) setiap satu dan 10 beg beras diserahkan kepada penerima.

Setiap Kotak Rezeki Besar berisi beras, tepung gandum, gula, minuman kordial, teh, susu pekat manis, biskut, marjerin, minyak masak, sardin, sos cili, kicap soya, pasta, air mineral dan bihun.

Penaja bersama program #HMKotakRezeki 2018 antaranya AffinBank Group dan Pos Laju, bersama Watsons Malaysia, Nabati Food Malaysia Sdn Bhd, Massimo by The Italian Baker, Kimball, Central Sugar Refinery (CSR) dan QNet International.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu ialah Pengurus Pos Laju Butterworth, Che Puteh Man.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 9:48 PM