HASAN (tengah) bersama penghuni Madrasah Diniah Ihsaniah Pondok Hutan Pasir melihat kandungan Kotak Rezeki.
HASAN (tengah) bersama penghuni Madrasah Diniah Ihsaniah Pondok Hutan Pasir melihat kandungan Kotak Rezeki.
Nor Fazlina Abdul Rahim

Pasir Mas: “Terima kasih Harian Metro dan penaja lain yang tidak melupakan Madrasah Diniah Ihsaniah Pondok Hutan Pasir.

“Saya doakan anda semua (penaja) murah rezeki,” kata Penolong Mudir madrasah itu, Hasan Ash-Shukry Abdullah.

Menurutnya, tidak menyangka madrasah berkenaan masih menerima bantuan daripada Program #HMKotakRezeki selepas memperoleh tahun lalu.

Katanya, beliau sangat menghargai kotak besar sumbangan yang diterima itu kerana sekurang-kurangnya ia mampu meringankan beban kira-kira 200 penghuni di madrasah berkenaan.

“Pondok ini sudah berusia 33 tahun dengan 200 penghuni termasuk yang berulang-alik. Kita tidak mempunyai bantuan tetap daripada luar, sebaliknya berdikari bagi menampung keperluan pondok.

“Kebanyakan mereka yang tinggal di sini bekas pesara dan orang luar yang mahu mencari ketenangan selepas keletihan bekerja,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan itu, semalam.

Affin Bank Group bersama Affin Islamic Bank dan Pos Laju antara penyumbang setia sejak Program #HMKotakRezeki yang dilancarkan pada 2016.

Penaja lain adalah Watsons, Nabati Group, Massimo, Qnet (Malaysia) Sdn Bhd dan Kimball.

Hasan Ash-Shukry turut berharap program seperti itu diteruskan pada masa akan datang kerana mampu menceriakan setiap penerima.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 11:29 AM