ROZANA (kiri) ditemui media selepas Program Walkabout Ramah Mesra di IKBN Kuala Langat. FOTO/FAIZ ANUAR
ROZANA (kiri) ditemui media selepas Program Walkabout Ramah Mesra di IKBN Kuala Langat. FOTO/FAIZ ANUAR
Norrasyidah Arshad


JIKA air sirap sinonim dengan menu kenduri kahwin, tetapi berbeza pula dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Rozana Kamarulzaman.

Usahawan berusia 49 tahun itu berkata, air sirap dijadikan sebagai minuman wajib yang perlu ada sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selama 11 hari ini.

“Saya perlu ada air sirap kerana tidak pernah amalkan makanan tambahan lain.

“Saya alergik dengan ubatan dari kecil lagi sebab itu tidak ambil apa-apa ubatan.

“Cukuplah air sirap sebagai sumber tenaga untuk saya sihat dan segar sepanjang tempoh berkempen ini,” katanya.

Terdahulu, beliau mengikuti sesi turun padang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, ucapan ibu kepada tiga anak itu di hadapan kira-kira 200 jentera Wanita BN turut disambut gelak tawa.

Ia berikutan kejujuran Ketua Wanita UMNO Kuala Langat itu mengakui tudung berwarna merah yang dipakainya pada hari ini diberi oleh Shahrizat.

“Saya ini tidak ada penampilan. Bila pakai lawa-lawa, ‘make-up’ tebal tak ada yang nak ambil gambar.

“Bila pakai baju korporat, berseluar... nak pertikaikan. Saya selesa berpakaian begini, senang untuk bergerak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 6:58 PM