KETUA UMNO Kuala Langat yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Datuk Sulaiman Mohd Karli ketika Program Tukar Minyak Hitam Percuma anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kebun Baharu, Kuala Langat. Foto NSTP/NORRASYIDAH ARSHAD
KETUA UMNO Kuala Langat yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Datuk Sulaiman Mohd Karli ketika Program Tukar Minyak Hitam Percuma anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kebun Baharu, Kuala Langat. Foto NSTP/NORRASYIDAH ARSHAD
Norrasyidah Arshad


PENDUDUK Kampung Kebun Baharu, Kuala Langat, teruja dengan Program Tukar Minyak Hitam Percuma anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) kampung terbabit.

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, program itu berjaya menarik mereka ke situ berikutan acara dianjurkan agak berlainan.

Penduduk, Ahmad Zaini Diman, 56, berkata, selalunya program dianjurkan adalah pemberian minyak motor percuma.

"Program tukar minyak hitam ini tidak pernah lagi saya dengar walaupun program bantuan seperti ini memang banyak diadakan ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

"Jadi, saya gunakan peluang hari ini untuk menukar minyak hitam motosikal yang saya gunakan setiap hari," katanya ketika ditemui hari ini.

Bagi Kasmariati Kasimon, 35, program berkenaan memberi peluang untuk mengetahui keadaan motosikal miliknya.

Selain menukar minyak hitam, pemilik bengkel turut melakukan pemeriksaan ringkas terhadap kenderaannya.

"Penunggang wanita selalunya tidak peka dengan keadaan kenderaan tetapi hari ini, saya dapat melihat mekanik membuat pemeriksaan pada motosikal saya," katanya.

Program berkenaan dirasmikan Ketua UMNO Kuala Langat yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Datuk Sulaiman Mohd Karli.

Dalam program selama empat jam itu, hampir 200 motosikal milik penduduk di situ diberikan minyak hitam secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 12:34 PM