MARKIMAN. FOTO Arkib NSTP
MARKIMAN. FOTO Arkib NSTP
Norrasyidah Arshad


PENYELARAS Parlimen Hulu Langat, Datuk Markiman Kobiran menafikan tindakan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau ketika dihubungi NSTP berkata, dirinya tetap setia dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) dan akan kekal selamanya sebagai ahli parti keramat itu.

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk keluar dari parti dan sertai parti lain.

“Isu ini dibangkitkan dan dikeluarkan dari mulut orang lain. Saya menafikan perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sudah menghubunginya berhubung perkara itu.

Beliau difahamkan, Noh turut meminta individu yang mengeluarkan kenyataan itu untuk meminta maaf secara terbuka dan menarik kenyataan terbabit.

“Secara peribadi, orang itu tidak hubungi saya. Apa yang saya mahu, di mana dia keluarkan kenyataan itu, di situlah dia perlu perbetulkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 11:27 PM