CALON Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (kiri) bersalaman dengan Calon ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said (kanan) selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) mengumumkan calon-calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada PRU ke 14 di Seri Iman. FOTO Rozainah Zakaria

Rosli ZakariaHanneeyzah Bariah BaharinHelmy Abd RahmanZatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar dan Faizul Azlan Razak

KETUA Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin dan Bendahari Wanita Umno Negeri, Datuk Zainun Abu Bakar adalah dua calon wanita bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Zaitun dan Zainun yang juga Ketua Wanita UMNO Dungun diumum bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Dun Sura.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman Darul Iman, hari ini.

Menerusi pemilihan Zaitun, 61, dan Zainun, 65, BN Terengganu sekali lagi mempertaruhkan calon wanita selepas kali pertama pada PRU-12, menerusi Nordiana Shafie yang bertanding di DUN Batu Buruk.

Bagaimanapun Nordiana kalah kepada calon PAS.

Zaitun yang juga Mantan Ahli Dewan Negara aktif dalam politik sebagai Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, manakala Zainun yang juga Pegawai Pembangunan DUN Sura aktif sebagai Bendahari Pergerakan Wanita UMNO Negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 April 2018 @ 1:39 PM