WARGA Bangladesh parah manakala lapan cedera ringan selepas bas dinaiki merempuh belakang treler. FOTO ihsan bomba.
WARGA Bangladesh parah manakala lapan cedera ringan selepas bas dinaiki merempuh belakang treler. FOTO ihsan bomba.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


LELAKI warga Bangladesh parah manakala lapan penumpang lain cedera ringan apabila bas dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 232.1, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi di sini, 3.52 pagi hari ini.

Ketika kejadian, bas datang dari arah Melaka menuju ke Kuala Lumpur sebelum merempuh treler yang berhenti di tepi jalan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.50 pagi dan mengerah 30 anggota ke lokasi.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 11:36 AM