Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran Suzuki Vitara.  FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran Suzuki Vitara. FOTO Ihsan Bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


DUA kenderaan terbakar dalam kejadian di kawasan rumah kedai dekat Jalan Stulang Laut, Kampung Stulang, Johor Bahru, Johor, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu membabitkan sebuah Suzuki Vitara dan sebuah Proton Iswara Aeroback di tempat sama sebuah kereta dan sebuah motosikal terbakar tiga minggu lalu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.55 pagi sebelum lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“€œPihak bomba yang tiba di lokasi kejadian dengan sebuah jentera mendapati, dua buah kenderaan sudah terbakar yang mana Suzuki Vitara terbakar 60 peratus dan Proton Iswara Aeroback hanya terbakar 10 peratus di bahagian hadapannya.

“€œKenderaan ini dimiliki oleh dua orang lelaki, namun tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini,”€ katanya.

Beliau berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

€”œKes diserahkan kepada bahagian siasatan forensik kebakaran bagi menyiasat punca kebakaran memandangkan kebakaran berulang berlaku di lokasi sama.

“€œKes juga diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,”€ katanya.

Katanya, operasi memadam kebakaran itu kemudian ditamatkan pada 4.25 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 3:18 PM