MUHAMMAD Azmi Danish Badrul melakukan ulang kaji pelajaran selepas menduduki kertas pertama UPSR di HRPB di sini. FOTO Balqis Jazimah Zahari
MUHAMMAD Azmi Danish Badrul melakukan ulang kaji pelajaran selepas menduduki kertas pertama UPSR di HRPB di sini. FOTO Balqis Jazimah Zahari
Balqis Jazimah Zahari


"SAYA tidak tertekan terpaksa mengambil peperiksaan di hospital, saya buat seperti biasa dan tenang menjawab semua soalan," kata Muhammad Azmi Danish Badrul, 12.

Muhammad Azmi, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang Jaya, Ipoh terpaksa menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat demam denggi.

Dia menjawab soalan di atas katil dalam bilik yang disediakan khas baginya menjalani peperiksaan itu.

Muhammad Azmi dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengalami gejala demam, lemah badan, hilang selera makan dan muntah.

Katanya, dia meletakkan sasaran memperolehi keputusan 4A dalam peperiksaan berkenaan.

"Saya sudah lakukan ulang kaji sebelum ini dan yakin dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik," katanya yang meminati subjek Sains dan bercita-cita menjadi juruterbang.

Berita berkaitan:

Semangat hadapi UPSR walaupun cedera

Sedia sarapan untuk calon UPSR

Jalan 6 KM untuk UPSR

Doa guru iringi calon UPSR

'UPSR masih relevan' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 3:39 PM