Antara kakitangan Prasarana yang bertugas menyokong operasi MMMSL di Makkah.
Antara kakitangan Prasarana yang bertugas menyokong operasi MMMSL di Makkah.
HM Digital

Kuala Lumpur: Seramai 53 kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas menyokong operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) berlepas dari KLIA semalam.

Mereka kumpulan terakhir dan sebahagian besarnya akan bertugas untuk Pasukan Bertindak Cepat atau Rapid Response Team yang akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang jajaran 18.1 kilometer (km) MMMSL dari Arafah ke Jamrah.

Mereka beroperasi tujuh hari khusus untuk musim haji, MMMSL digunakan 350,000 jemaah dari negara Timur Tengah dan Asia Selatan termasuk India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka.

Seorang kakitangan, Anuar Yusoff berkata, dia dan rakan bersedia mencurahkan segala pengalaman bagi memastikan kejayaan operasi tahun ini.

“Saya akan bekerja dengan pasukan RRT dan sudahpun dimaklumkan secara am tentang apa yang perlu dilakukan nanti di MMMSL dan juga cabaran yang bakal dihadapi terutama cuaca panas terik, bekerja pada masa yang panjang dan tidur tidak menentu. Minda kami sudah fokus menerima dan menghadapinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 7:22 AM