PERKHIDMATAN kereta api Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro.
PERKHIDMATAN kereta api Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro.

Kuala Lumpur: Kakitangan Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) disahkan selamat dan tidak terbabit dalam insiden rempuhan di Mina.

Pengarah Projek MMMSL Khairani Mohamed berkata, semua kakitangan MMMSL selamat, namun masih memantau situasi terkini.

“€œSaya boleh katakan setakat ini, semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kita akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen untuk menjamin keselamatan jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami€," katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Seramai 440 rakyat negara yang kebanyakkan kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bertugas dalam operasi MMMSL.5

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 8:03 PM