MANGSA yang terperangkap berjaya diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan Bomba
MANGSA yang terperangkap berjaya diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan Bomba
Norizuan Shamsuddin


LIMA individu nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah kedai di Jalan 23/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 8.18 pagi.

Katanya, 26 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas, BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr Ismail dikerahkan ke lokasi bagi memmadamkan kebakaran serta menyelamatkan mangsa terperangkap.

"Setibanya di lokasi anggota mendapati kebakaran berlaku di tingkat dua banggunan rumah kedai terbabit dan terdapat lima individu termasuk seorang lelaki didapati terperangkap.

"Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota bertugas dengan selamat dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 9.17 pagi.

"Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 4:03 PM