FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran yang berlaku di tingkat 3 banggunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahhudin, di sini, jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 10.27 pagi.

Katanya, seramai 27 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Sentul, BBP Hang Tuah, BBP Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

"Setibanya anggota dilokasi didapati kebakaran membabitkan tingkat tiga banggunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

"Anggota juga sedang berusaha bagi memadamkan kebakaran berkenaan.

"Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada mangsa di dalam banggunan terbabit kerana kakitangan jabatan berkenaan tidak bekerja pada cuti umum," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 12:57 PM