SHAMSUL (dua dari kanan) menyampaikan replika akaun SSPN-i kepada Ira Syafika Jamari, 24,  dan anak lelakinya sambil disaksikan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Khalid Ibrahim (kanan sekali).
SHAMSUL (dua dari kanan) menyampaikan replika akaun SSPN-i kepada Ira Syafika Jamari, 24, dan anak lelakinya sambil disaksikan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Khalid Ibrahim (kanan sekali).
Oleh Hamizah Badiran

Sungai Buloh: Bayi Merdeka yang dilahirkan pada ulang tahun kemerdekaan negara ke-58 di empat hospital terpilih di seluruh Malaysia menerima hadiah istimewa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), khas buat mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, Program Bayi Merdeka 2015 yang julung kali diadakan itu bertujuan meraikan bayi yang dilahirkan pada tarikh bersejarah negara di samping meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk menabung seawal kelahiran anak masing-masing.

“Kami mahu menggalakkan masyarakat Malaysia untuk menabung seawal kelahiran anak mereka bagi tujuan pendidikan masa depan.

“Sempena program ini, PTPTN membuka akaun SSPN-i buat bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos di empat hospital terpilih iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor dan Hospital Umum Sarawak, Kuching, melalui sumbangan RM200 bagi deposit permulaan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Wad Bersalin, Hospital Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 6:25 AM