ORANG ramai teruja pertama kali menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar.
ORANG ramai teruja pertama kali menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar.

Kuala Lumpur: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur-Padang Besar yang bermula pada 10 Julai lalu belum lagi menggunakan kereta api baru yang ketika ini masih diuji.

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laluan itu pada masa ini menggunakan kereta api sedia ada sehingga dua set tren baru untuk tujuan itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Saya menyerahkan kepada pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SPAD untuk menilai ciri-ciri keselamatan kereta api baru itu,” kata beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di sini, semalam.

Liow yang juga Presiden MCA mengulas laporan berita baru-baru ini mengenai dua set kereta api baharu yang diperoleh KTMB daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd dari China yang masih gagal mendapat kelulusan SPAD untuk memulakan operasinya. -BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:21 AM