Mohamad Sofi dan isteri menikmati juadah  berbuka puasa.
Mohamad Sofi dan isteri menikmati juadah berbuka puasa.
Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin

Butterworth: “Ramadan kali ini kami sambut dalam keadaan sederhana, namun bermakna buat kami sekeluarga kerana mungkin dapat beraya di rumah baru,” kata Siti Aminah Jamalludin, 24, wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih mencari rezeki dengan mengambil upah mengisi dakwat pen menggunakan mulut.

Menurutnya, dia dan suami, Mohamad Sofi Osman, 28, serta anak lelaki tunggal mereka, Muhammad Nuralif Irfan, 2, kini mampu berdikari untuk memperoleh pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian.

Katanya, mereka mendapatkan kediaman baru untuk mereka sekeluarga dengan bantuan abang ketiganya, Kamarulzaman, 30, dan mungkin berhari raya di rumah baru itu nanti.

“Kediaman baru yang bakal didiami kami serta seluruh keluarga Mohamad Sofi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampangan, Ampang Jajar di sini dan satu lagi di Flat Rumah Hijau, Mak Mandin.

“Kami masih menunggu surat bagi kebenaran berpindah dan menduduki kediaman baru itu yang dijangka boleh diduduki dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di Bagan Dalam di sini, semalam

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 9:55 AM