PELAJAR yang mengambail bahagian menunjukkan tapak tangan yang bercat merah.
PELAJAR yang mengambail bahagian menunjukkan tapak tangan yang bercat merah.
PELAJAR di hadapan Jalur Gemilang yang dihasilkan dengan tekapan tangan mereka.
PELAJAR di hadapan Jalur Gemilang yang dihasilkan dengan tekapan tangan mereka.
Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin

Butterworth: Celup tangan dalam bekas mengandungi cat merah sebelum tapak tangan ditekap pada kain putih.

Kaedah itu digunakan untuk menyempurnakan Jalur Gemilang gergasi bersaiz 18 meter panjang dan 7 meter lebar hasil gabungan murid daripada tiga sekolah rendah sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Penyelaras Projek Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Mohd Raziff Md Shariff berkata, seramai 240 murid tahun empat dan lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mak Mandin, SK Kuala Perai dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Mak Mandin terbabit dalam projek berkenaan sebelum bendera itu dipasang di SK Mak Mandin.

Beliau berkata, mereka mengambil masa hampir dua minggu bermula 1 Ogos lalu sebelum bendera berkenaan disiapkan serta dirasmikan, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 8:24 AM