JAHARA (kanan) melawat Siti Aminah di Bagan Dalam, baru-baru ini.
JAHARA (kanan) melawat Siti Aminah di Bagan Dalam, baru-baru ini.
Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin

Butterworth: Kerajaan negeri digesa memberi perhatian lebih serius dalam usaha menangani masalah kemiskinan yang masih wujud dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, matlamat kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar juga belum mencapai matlamatnya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga digesa mewujudkan lebih banyak projek perumahan kos rendah bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan untuk tinggal di kediaman lebih selesa.

Terdahulu, beliau melawat orang kurang upaya (OKU), Siti Aminah Jamalludin, 24, yang gigih mencari rezeki dengan mengambil upah mengisi dakwat pen menggunakan mulut dan tangan kirinya bagi menjana pendapatan di rumah wanita itu di Bagan Dalam di sini, Selasa lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 8:12 AM