Oleh Shamsul Munir Safini


Seberang Jaya: “Sudahlah nak hidup pun susah, meninggal dunia lagi susah,” itu kata Pengetua Pusat Pendidikan Rohingya (REC) Pulau Pinang Muhd Arif Abdul Latiff mengenai nasib membelenggu penduduk Islam Rohingya di negara ini yang sering dipandang serong masyarakat setempat.

Menurutnya, selepas 10 tahun mengajar di pusat pembelajaran disediakan untuk anak pelarian etnik Rohingya itu, beliau lali dengan pelbagai masalah dihadapi keluarga etnik berkenaan.

“Orang ramai khususnya masyarakat tempatan masih memandang serong kepada mereka hingga tidak membenarkan mereka dikebumikan di tanah perkuburan tempatan.

“Lebih mengejutkan, mereka menggunakan alasan yang etnik Islam Rohingya ini bukan ahli kariah kampung serta tidak melihat pelarian ini sebagai saudara seagama mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Katanya, beliau pernah beberapa kali berdepan dengan situasi itu yang menunjukkan segelintir masyarakat Islam di negara ini belum dapat menerima kehadiran golongan pelarian berkenaan walaupun mereka berstatus saudara sesama Islam.

“Ada antara kita terlalu bersikap ‘assabiyah’ sehingga bimbang kehadiran etnik Rohingya yang kononnya menggugat kehidupan masyarakat tempatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 8:11 AM