DARI kiri, Khairul Amin, Sayyidul Amin  dan Abdul Amin sanggup korbankan masa kanak-kanak bagi mendalami ilmu agama.
DARI kiri, Khairul Amin, Sayyidul Amin dan Abdul Amin sanggup korbankan masa kanak-kanak bagi mendalami ilmu agama.
Oleh Shamsul Munir Safini

Perai: “Saya mahu menjadi pewaris al-Quran demi mengubah persepsi masyarakat terhadap kanak-kanak pelarian seperti kami,” itu cita-cita murni seorang kanak-kanak etnik Rohingya Sayyidul Amin Abul Hashim, 13, serta dua adiknya, Khairul Amin, 10, dan Abdul Amin, 9, yang sudah menghafaz separuh al-Quran.

Lebih membanggakan, tiga beradik itu mampu menghafaz lebih 17 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun walaupun tidak mendapat asuhan mengenai al-Quran sejak kecil.

Sayyidul Amin berkata, masyarakat tempatan kerap memandang serong kepada kanak-kanak pelarian etnik Rohingya yang sering dilihat mengemis dan terbabit dalam kegiatan jenayah di negara ini.

Berikutan itu, katanya, dia mahu menjadi seorang tahfiz dan menjadi imam solat di masjid bagi mengubah persepsi masyarakat pelarian sepertinya tidak seperti digambarkan dan mengubah nasib bangsanya di sini.

Menurutnya, sebelum ini, dia hanya tahu kewujudan al-Quran dan tidak pernah membacanya selepas tiada peluang berbuat demikian ketika berada ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:41 AM