SETIAUSAHA Persatuan Pandu Puteri Pahang Datin Seri Jamaliah Zainal Abidin menyampaikan sumbangan alat tulis kepada murid etnik Rohingya pada program School Kits for Rohingya.
SETIAUSAHA Persatuan Pandu Puteri Pahang Datin Seri Jamaliah Zainal Abidin menyampaikan sumbangan alat tulis kepada murid etnik Rohingya pada program School Kits for Rohingya.
PELAJAR POLISAS, Nurhasanah Samsudin, 19, (kanan) mengajar murid Rohingya melukis.
PELAJAR POLISAS, Nurhasanah Samsudin, 19, (kanan) mengajar murid Rohingya melukis.
myMetro

Keprihatinan terhadap etnik Rohingya mendorong Persatuan Pandu Puteri Siswi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu, Kuantan memberi sumbangan 57 set kelengkapan alat tulis kepada murid etnik itu yang belajar di Rohingya Education Centre (REC) Kuantan.

Program julung kali diadakan itu mendapat kerjasama pensyarah dan kakitangan pusat pengajian berkenaan yang tampil menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu.

Sumbangan kali pertama menjadi perintis kepada POLISAS untuk terus menyalurkan bantuan sesuai selain memberikan pendidikan khas termasuk latihan kepada mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2017 @ 1:58 PM