SEBAHAGIAN wanita warga asing yang  ditahan di sebuah kelab malam di Seremban 2, malam kelmarin.
SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan di sebuah kelab malam di Seremban 2, malam kelmarin.
Oleh Muhammad Faiz Baharin

Seremban: Tujuh wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup berhimpit dalam ‘lubang tikus’ yang dipercayai disediakan pemilik premis bagi mengelak ditahan pihak berkuasa ketika serbuan Ops Pelacuran, malam kelmarin.

Tempat persembunyian mereka itu bagaimanapun berjaya dikesan Pasukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman yang menjalankan serbuan di premis rumah urut berkenaan yang beroperasi di Taman AST, di sini.

Mereka antara 51 wanita warga asing yang ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam itu dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di empat premis hiburan dan rumah urut di Seremban dan Seremban 2.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 5:15 AM